Netflix telah berkongsi treler baharu untuk filem anime Black Clover: Sword of the Wizard King yang akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 31 Mac 2023.

Anda boleh tonton treler kedua ini di bawah. Treler pertama dikongsi semasa pengumuman untuknya.

Penceritaan di dalam filem ini memfokuskan Asta bersama dengan rakan-rakannya bertarung melawan bekas Wizard King iaitu Conrad Leto yang kelihatan menggunakan “Emperor’s Sword”. Filem ini diarahkan oleh Ayataka Tanemura dan diterbitkan oleh Studio Pierrot.

Black Clover adalah siri manga yang dihasilkan oleh Yuki Tabata, siri anime untuknya telah mempunyai 170 episod yang dikeluarkan dari tahun 2017 sehingga 2021.

Sohor Kini