HoYoverse telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Honkai: Star Rail akan dilancarkan pada 26 April 2023 untuk PC, iOS dan Android. Mereka juga mengumumkan versi PlayStation sedang dibangunkan dan tarikh pelancaran diumumkan kemudian.
Mereka juga berkongsi video pengenalan terbaru untuk permainan ini yang anda boleh tonton di bawah.
Honkai: Star Rail merupakan permainan RPG taktikal dengan pertempuran mengikut turutan yang agak berbeza dengan genre RPG beraksi yang diperlihatkan pada Honkai Impact 3rd dan juga Genshin Impact. Penceritaan permainan ini dilihat berkait dengan jalan cerita Honkai Impact, tetapi mengisahkan watak-watak mereka sendiri.