MPL MY 11 memasuki minggu ketiga, dengan hari ketujuh berlangsung semalam. Seperti biasa, pada hari Jumaat, dua perlawanan sahaja yang dipertandingkan dan pada minggu ini adalah di antara Team Secret lawan RED Esports MY dan Todak lawan Team Lunatix.

Team Secret yang sebelum tewas kesemua perlawanan sudah semestinya ingin mencari kemenangan pertama, namun RED Esports MY mendapat kemenangan kedua bagi kejohanan ini selepas mengalahkan Team Secret dengan skor 2-0, memberikan Team Secret kekalahan yang keenam daripada enam perlawanan.

Perlawanan kedua pula untuk hari ini iaitu di antara Todak melawan Team Lunatix, Todak terus kekal momentum dengan memenangi perlawanan ketiga berturut-turut, selepas tewas perlawanan pertama. Mereka mengalahkan Team Lunatix dengan skor 2-0 yang juga memberikan kekalahan pertama kepada Team Lunatix.

Bagi hari kelapan akan memperlihatkan tiga perlawanan iaitu di antara Team Secret melawan Team SMG, Homebois bertemu dengan RSG Slate MY dan Madness Esports bertemu dengan Team HAQ.

Sohor Kini