Samsung hari ini telah mengumumkan secara rasmi penawaran telefon pintar kelas pertengahan mereka iaitu Samsung Galaxy A34 5G dan juga Galaxy A54 5G untuk pasaran Malaysia.
Samsung Galaxy A34 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.6-inci, resolusi 1080×2340 dengan panel Super AMOLED dan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.
Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1080, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB dengan sokongan mikroSD sehingga 1TB.
Kapasiti bateri untuknya adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W.
A34 5G ditawarkan dengan harga RM1,599 dan mempunyai 4 pilihan warna iaitu Awesome Violet, Aweseom Graphite, Awesome Silver dan Awesome Lime.
Samsung Galaxy A54 5G pula hadir dengan skrin bersaiz 6.4-inci, resolusi 1080×2340 dengan panel Super AMOLED dan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.
Dikuasakan dengan cip Exynos 1380, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB dengan sokongan mikroSD sehingga 1TB.
Kapasiti bateri untuknya adalah 5000mAH dan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W.
A54 5G ditawarkan dengan harga RM1,899 dan mempunyai 4 pilihan warna iaitu Awesome Violet, Aweseom Graphite, Awesome Silver dan Awesome Lime.
Sesi pra-tempahan untuk kedua-dua telefon kini dibuka sehingga 6 April dengan setiap pembelian akan mendapat Galaxy Buds Live yang bernilai RM549 secara percuma.
Setiap pembelian juga hadir dengan 2 tahun waranti secara percuma dan sokongan kemaskini sekuriti sekurang-kurangnya selama 5 tahun dan sistem operasi untuk 4 generasi.
Anda juga boleh menggunakan kod khas AMGA34545G bagi mendapatkan aksesori 35W PD Power Adapter Duo yang bernilai RM 99 secara percuma apabila membeli Galaxy A34 | A54 di laman rasmi Samsung. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi menarik mengenai Samsung, sila layari laman web rasmi mereka.