Crit-Rate iaitu platform untuk mengenali personaliti permainan video anda dilancarkan secara rasmi pada minggu ini dan boleh dilayari melalui pautan ini.

Anda boleh tonton video pengenalan mengenai Crit-Rate di bawah.

Melalui platform ini, anda perlu menjawab beberapa soalan mengenai tatamain yang lebih disukai, ataupun perkara yang lebih disukai di dalam sesuatu permainan.

Berdasarkan jawapan tersebut, anda akan mendapat profil permainan video dan Crit-Rate akan memberi cadangan permainan berdasarkan profil untuk memudahkan anda mencari permainan menarik seterusnya.

Selepas ditempatkan di mana-mana profil, contohnya saya mendapat profil Curionaut, akan disertakan juga forum khusus untuk kesemua yang di bawah profil ini bagi memudahkan sebarang perbincangan.

Anda juga boleh melihat permainan-permainan yang popular di kalangan pemain yang mempunyai profil yang sama.

Sohor Kini