Respawn Entertainment dan EA telah mengumumkan acara masa terhad baharu untuk Apex Legends iaitu Sun Squad Collection yang akan bermula pada 29 Mac sehingga 12 April 2023.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Antara kandungan yang disertakan bersama dengan acara ini adalah mod baharu iaitu ‘Heatwave’ iaitu dari semasa ke semasa heatwave akan tiba yang mencederakan pemain berada di luar. Pemain boleh mengelaknya dengan memasuki kawasan tertutup, slide ataupun memakai kaca mata.

Turut disertakan adalah 24 barangan kosmetik baharu berdasarkan musim panas seperti baju Hawaii dan peralatan scuba. Kumpul semua barangan ini, pemain akan mendapat “Strongest Link” iaitu heirloom untuk Ash.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Apex Legends juga telah menerima versi mudah alih tetapi versi tersebut akan ditutup pada bulan Mei ini.

Sohor Kini