Bersempena dengan ulang tahun untuk Mega Man Battle Network, Capcom telah menawarkan kesemua episod untuk musim pertama bagi siri animasi Mega Man NT Warrior yang mempunyai 52 episod.
Anda boleh tonton episod pertama di bawah dengan senarai main untuknya di pautan ini.
Mega Man NT Warrior adalah siri anime berdasarkan permainan Mega Man Battle Network yang setakat ini mempunyai 6 permainan utama yang dikeluarkan dari tahun 2001 sehingga 2005.
Capcom juga sebelum ini telah mengumumkan yang Mega Man Battle Network Legacy Collection akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC pada 14 April 2023.