2K dan LEGO Group telah mengumumkan permainan LEGO 2K Drive iaitu permainan lumba kereta dunia terbuka akan dilancarkan pada 19 Mei 2023.

Platform yang diumumkan adalah PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

LEGO 2K Drive dibangunkan oleh Visual Concept iaitu pembangun untuk siri permainan NBA 2K dan WWE 2K.

Permainan ini akan mempunyai penceritaan tersendiri yang memerlukan pemain berluma sekitar Bricklandia. Pemain juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan yang mengisi dunia terbuka.

Mengekalkan tema sebagai satu permainan LEGO, pemain boleh menggunakan lebih 1000 bongkah lego untuk membina kereta sendiri – termasuk juga menukar warna, meletak pelekat dan pelbagai lagi.

LEGO 2K Drive menyokong sesi koperasi secara setempat menggunakan pembahagian skrin ataupun secara dalam talian yang menyertakan matchmaking.

Anda boleh dapatkan permainan ini melalui tiga edisi iaitu Edisi Biasa, Edisi Awesome dan Edisi Awesome Rivals yang menyertakan tambahan pas semusim dan juga pelbagai barangan di dalam permainan.

Sohor Kini