Valorant Champions Tour 2023 Peringkat Liga Bermula Minggu Ini

Dengan tamatnya kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) 2023: Lock//In yang memperlihatkan Fnatic menjadi juara keseluruhan, pengikut esukan Valorant kini beralih ke peringkat liga yang akan bermula pada minggu ini untuk benua Pasifik.

Seperti diumumkan sebelum ini, peringkat liga untuk VCT 2023 dibahagikan kepada tiga benua iaitu Americas, EMEA dan Pacific. Benua pertama yang bermula adalah Pacific yang akan bermula pada 25 Mac ini.

VCT 2023: Pacific League

VCT 2023: Pacific League melibatkan 10 pasukan dari Asia Pasifik yang merupakan pasukan Partner iaitu Detonation FocusMe, DRX, Gen.G, Globnal Esports, Paper Rex, Rex Regum Qeon, T1, Talon Esports, Team Secret dan Zeta Division.

Pusingan Liga akan bermula pada 25 Mac sehingga 16 Mei diikuti Pusingan Playoffs yang berlangsung dari 19 Mei sehingga 28 Mei 2023.

VCT 2023: Americas League

VCT 2023: Americas League melibatkan 10 pasukan dari benua Amerika yang merupakan pasukan Partner iaitu 100 Thieves, Cloud9, Evil Geniuses, FURIA Esports, KRU Esports, Leviatan, LOUD, MIBR, NRG dan Sentinels.

Pusingan Liga akan bermula pada 1 April sehingga 20 Mei diikuti Pusingan Playoffs yang berlangsung pada 23 Mei sehingga 28 Mei 2023.

VCT 2023: EMEA

VCT 2023: EMEA League melibatkan 10 pasukan dari benua Eropah dan Afrika Selatan yang merupakan pasukan Partner iaitu BBL Esports, Fnatic, FUT Esports, Giants, Karmine Corp, KOI, Natuc Vincere, Team Heretics, Team Liquid dan Team Vitality.

Pusingan Liga akan bermula pada 27 Mac sehingga 19 Mei 2023 diikuti Pusingan Playoffs yang berlangsung dari 23 Mei sehingga 28 Mei 2023.

Anda boleh mengikut perlawanan-perlawanan untuk kejohanan ini melalui laman rasmi Valorant di Twitch, Youtube dan juga Facebook.

Sohor Kini