Square Enix telah mengumumkan yang ketiga-tiga permainan Voice of Cards iaitu Voice of Cards: The Isle Dragon Roars, Voice of Cards: The Forsaken Maiden dan Voice of Cards: The Beasts of Burden telah dikeluarkan untuk iOS dan Android.
Setiap permainan ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM54.90. Demo percuma untuk permainan ini juga disertakan iaitu VoC: The Isle Dragon Roars Chapter O.
Voice of Cards adalah permainan yang disampaikan melalui permainan kad digital termasuk juga penceritaan.
Antara yang terlibat dengan permainan ini adalah Pengarah Kreatif Yoko Taro (Drankengard, Nier), Penerbit Eksekutif Yosuke Saito (Nier), Pengarah Muzik Keiichi Okabe (Drakengard 3, Nier) dan Pereka Watak Kimihiko Fujisaka (Drakengard).
Selain itu, Square Enix juga telah mengumumkan yang berkas untuk ketiga-tiga permainan iaitu Voice of Cards Trilogy dan Voice of Cards Trilogy + DLC yang akan menyertakan kesemua kandungan DLC kini ditawarkan untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC.