Epic Games telah mengumumkan aplikasi baharu iaitu Unreal Editor for Fortnite (UEFF) iaitu alat yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk membangunkan permainan ataupun pengelaman menggunakan Fortnite.
UEFF sudah dikeluarkan dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.
Jika anda menghasilkan sesuatu permainan menggunakan UEFF ini, permainan tersebut boleh diakses oleh sesiapa sahaja melalui Fortnite.
Bagi menggalakkan pembangunan menggunakan Unreal Editor for Fortnite ini, Epic Games juga mengumumkan Creator Economy 2.0, di mana Epic Games akan memberikan 40% pendapatan yang dijana dari Item Shop dan juga sebarang pembelian lain kepada pembangun bergantung kepada populariti kandungan yang dihasilkan oleh mereka.