Respawn Entertainment dan EA telah berkongsi treler baharu untuk Star Wars Jedi: Survivor yang memfokuskan kepada penceritaan untuk permainan ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Star Wars Jedi: Survivor berlaku 5 tahun selepas kejadian di dalam permainan pertama iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order. Berdasarkan treler ini, Cal Kestis bersama dengan krew Mantis cuba mencari tempat selamat baharu untuk mereka menyorok dari Empire.

Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan untuk PLayStation 5, Xbox Series dan PC pada 28 April 2023. Anda boleh baca ulasan kami untuk permainan pertama di pautan berikut – Ulasan Star Wars Jedi: Fallen Order.

Sohor Kini