Guerrilla Games dan PlayStation Studios telah mengumumkan yang DLC penambahan untuk Horizon Forbidden West iaitu Burning Shore kini boleh di pra-tempah melalui PS Store dengan harga RM79.

Penambahan ini akan dikeluarkan secara rasmi pada 19 April 2023. Mereka juga berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.

Setiap pra-tempahan, pemain akan mendapat Blacktide Dye Outfit dan Blacktide Sharpshot Bow.

Penceritaan untuk Burning Shore bermula selepas Horizon Forbiddes West berakhir, oleh itu untuk memasuki kawasan baharu ini, pemain mesti menghabiskan dahulu permainan utama.

DLC ini memerlukan permainan Horizon Forbidden West yang ditawarkan secara percuma bagi pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe.

Horizon Forbidden West dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 akan tetapi penambahan ini hanya dikeluarkan untuk PlayStation 5 sahaja.

Sohor Kini