Valve telah mengumumkan secara rasmi Counter-Strike 2 akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan akan ditawarkan sebagai kemaskini percuma untuk Counter Strike: Global Offensive.

Maklumat lanjut mengenai CS2 ini akan dikongsikan apabila menghampiri tarikh pelancaran akan tetapi berikut adalah antara pembaharuan yang akan disertakan;

  • Bom asap yang lebih dinamik, pemain kini boleh menembak ke arah asap yang akan menghasilkan satu pusaran buat seketika waktu. Asap juga kini boleh memasuki kawasan-kawasan yang terbuka seperti pintu dan tingkap.
  • Pergerakan yang lebih jitu dengan pengenalan ‘sub-tick’ untuk pelayan
  • Peta akan dikemaskini dan dinaik taraf dari segi kualiti dan juga rekaan umum
  • Kesan visual baharu
  • Audio yang jitu

Mereka juga telah mengesahkan yang kesemua barangan daripada CS:GO akan dibawa ke CS2 dengan rekaan yang lebih berkualiti.

Valve buat masa ini sedang melakukan sesi ujian bersama dengan beberapa pemain CS:GO terpilih untuk mendapatkan pendapat dan juga mengesan pepijat sebelum bersedia untuk perkongsian lanjut.

Seperti CS:GO, CS2 juga dijangkakan adalah permainan percuma untuk dimainkan dengan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini