Netflix telah berkongsi treler rasmi untuk Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always iaitu filem baharu berdasarkan siri ikonik ini, yang akan membawa semula beberapa pelakon asal untuk sekali lagi menjadi Rangers.

Anda boleh tonton treler ini di bawah.

Filem ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon asal siri ini iaitu Walter Emanuel Jones sebagai Zack iaitu Ranger Hitam pertama, David Yost sebagai Billy iaitu Ranger Biru pertama, Catherine Sutherland sebagai Kat iaitu Ranger Merah Jambu kedua, Steve Cardenas sebagai Rocky iaitu Ranger Merah kedua, Karan Ashley sebagai Aisha iaitu Ranger Kuning kedua dan Johnny Yong Bosch sebagai Adam iaitu Ranger Hitam kedua.

Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always diterbitkan sebagai sambutan ulang tahun ke-30 untuk Power Rangers dan akan disiarkan di Netflix pada 19 April 2023.

Sohor Kini