Arkane Austin dan juga Bethesda telah berkongsi treler baharu untuk permainan akan datang mereka Redfall. Melalui treler ini diperlihatkan mengenai apa yang terjadi di pulau Redfall yang mengakibatkan manusia terpaksa bertempur dengan pelbagai makhluk.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam video ini diperlihatkan mengenai satu syarikat iaitu Aevum yang telah melakukan pelbagai ujikaji yang mengakibatkan hadirnya makhluk-makhluk memenuhi Redfall yang memerlukan pemain untuk memburu mereka dan membebaskan Redfall.

Redfall akan dikeluarkan pada 2 Mei 2023 untuk Xbox Series dan PC, permainan ini juga akan ditawarkan bersama Game Pass pada hari pelancaran.

Sohor Kini