PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan Bazaar Ramadan sendiri sepanjang bulan puasa ini iaitu bermula pada 24 Mac sehingga 20 April 2023. Bazaar Ramadan ini akan bertempat di Homebois Pitstop, Petaling Jaya, Selangor.
Dengan kerjasama bersama foodpanda, 100PLUS dan AirAsia Ride, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah termasuk juga 1 tahun langganan pandapro. Pengunjung juga boleh menggunakan kod HOMEBOISRIDE untuk mendapatkan diskaun menggunakan AirAsia Ride.
Sepanjang penganjuran Bazaar Ramadan ini – setiap hari Sabtu dan Ahad, PUBG Mobile juga akan menganjurkan Majlis Buka Puasa di mana pemain boleh berbuka sambil bermain PUBG Mobile untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah, solat terawih juga akan dianjurkan.
Dari semasa ke semasa, Meet & Greet juga akan dianjurkan, memberi peluang kepada pengunjung untuk berjumpa dengan pencipta kandungan seperti FattahZie, Obot, Ombong, dan Naoki.
Pengunjung juga boleh menyertai “Spend & Win” di mana dengan setiap pembelian bernilai RM30 di Baazar Ramadan akan mendapat cap untuk menebus barangan PUBG Mobile seperti berikut;
- 2 Cap – Baucar AirAsia Rider RM5
- 5 Cap – Pop Socket PUBG Mobile
- 10 Cap – Tshirt PUBG Mobile
Selain itu, terdapat juga “Snap & Win” di mana pengunjung boleh mengambil gambar dan berkongsi di media sosial untuk berpeluang mendapatkan Tshirt dan topi.