Hari keenam untuk Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 yang juga hari terakhir untuk minggu kedua kejohanan ini memperlihatkan tiga perlawanan iaitu RED Esports bertemu Madness Esports, Todak bertemu dengan Team HAQ dan Team Lunatix bertemu dengan Team Secret.

Di dalam perlawanan mencari kemenangan pertama RED Esports telah mengalahkan Madness Esports dengan skor 2-0. Membolehkan RED Esports mendapat kemenangan pertama selepas tiga perlawanan manakala Madness Esports kalah untuk 4 perlawanan berturut-turut.

Bagi perlawanan tumpuan untuk hari ini iaitu antara Todak dan Team HAQ, Todak berjaya untuk mengalahkan ‘rakan’ mereka ke M4 pada tahun lepas dengan skor 2-0. Kedua-dua pusingan boleh dikatakan memihak kepada Todak dengan Team HAQ tidak dapat menghasilkan serangan yang berkesan.

Bagi perlawanan terakhir untuk hari ini, Team Lunatix yang baru sahaja memasuki perlawanan kedua mereka kekal rekod tanpa kalah dengan mengalahkan Team Secret dengan skor 2-0. Seperti Madness Esports, Team Secret juga telah kalah kesemua 4 perlawanan setakat ini.

Dengan setiap pasukan akan berehat sepanjang hujung minggu ini, pasukan Madness Esports dan juga Team Secret sudah semestinya ingin mencari strategi baharu untuk bermain dengan lebih baik. Begitu juga dengan Team HAQ yang buat masa ini masih tidak memperlihatkan prestasi yang baik.

Berikut adalah kedudukan liga selepas minggu kedua;

  1. Homebois – 9 markah
  2. Team SMG – 8 markah
  3. Todak – 6 markah
  4. Team Lunatix – 5 markah
  5. Red Giants Esports – 5 markah
  6. RSG Slate MY – 5 markah
  7. RED Esports MY – 4 markah
  8. Team HAQ – 4 markah
  9. Madness Esports – 2 markah
  10. Team Secret – 0 markah

Sohor Kini