Lance Reddick iaitu pelakon yang berusia 60 tahun dilaporkan telah meninggal dunia minggu ini dengan sebab yang diberikan adalah kematian semulajadi.

Beliau terkenal sebagai pelakon suara untuk Commander Zavala di dalam permainan Destiny 2 dan juga watak Sylens di dalam dua permainan Horizon.

Beliau juga dikenali sebagai pelakon di dalam siri filem John Wick sebagai Charon, dan menjadi Albert Wesker untuk siri Resident Evil oleh Netflix.

Bagi memperingati Lance Reddick, pemain-pemain Destiny telah berkumpul berhampiran dengan watak Zavala yang anda boleh tonton melalui perkongsian di bawah.

Lance Reddick meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Sohor Kini