Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 diteruskan lagi dengan hari kelima yang memperlihatkan tiga perlawanan iaitu Team HAQ bertemu dengan Team Secret, Team SMG bertemu dengan RSG Slate MY dan Red Giants Esports melawan Homebois.
Bagi perlawanan pertama Team HAQ dan juga Team Secret masing-masing mencari kemenangan pertama di peringkat Liga ini. Perlawanan kali ini memberi kelebihan kepada Team HAQ apabila mendominasi kedua-dua pusingan untuk menang dengan skor 2-0, sekaligus memberikan kemenangan pertama mereka selepas tiga perlawanan.
Manakala perlawanan Team SMG dan RSG Slate MY pula adalah perlawanan dua pasukan yang tidak pernah tewas. Namun, kali ini Team SMG telah memberikan RSG kekalahan pertama apabila kalah dengan skor 2-0. RSG pada pusingan pertama memberikan tentangan yang baik akan tetapi gagal untuk menahan dominasi Team SMG pada pusingan kedua.
Satu lagi perlawanan di antara dua pasukan yang tidak pernah kalah adalah diantaran Red Giants Esports melawan dengan Homebois. Homebois bermain dengan kecemerlangan mereka bukan sahaja untuk kekalkan rekod tanpa kalah tetapi juga tidak pernah tercicir satu pusingan apabila terus menang dengan skor 2-0.
Dengan keputusan untuk tiga perlawanan ini, Homebois terus gah berada di kedudukan pertama dengan 9 markah, manakala Team SMG berada di tempat kedua dengan 8 markah, kekurangan 1 markah kerana mereka menang dengan skor 2-1 melawan Todak. Red Giants Esports dan RSG Slate MY berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan 5 markah diikuti Todak dengan 4 markah di tempat kelima.
Bagi perlawanan untuk hari ketiga iaitu hari terakhir bagi minggu ini memperlihatkan tiga lagi perlawanan iaitu RED Esports bertemu Madness Esports untuk mencari kemenangan pertama mereka, Todak bertemu dengan Team HAQ yang sudah semestinya menjadi tumpuan sebagai dua pasukan mewakili Malaysia ke M4 tahun lepas dan Team Lunatix bertemu dengan Team Secret sebagai penutup.