Level Infinite telah mengumumkan kerjasama baharu untuk PUBG Mobile iaitu bersama dengan pengeluar kereta mewah Bugatti – melalui kerjasama ini, pemain berpeluang untuk menggunakan dua kereta mereka iaitu Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse dan Bugatti La Voiture Noire.

Pemain sudah boleh jumpa kereta ini di peta permainan sehingga 30 April untuk memasuki circle dengan bergaya walaupun tidak akan memberikan kelajuan yang lebih berbanding kereta-kereta lain di dalam permainan ini.

Selain menyertakan dua kereta ini, pelbagai hiasan dan rekaan di dalam permainan juga akan bertemakan Bugatti, ini termasuklah payung terjun yang akan menjadi sebahagian daripada kandungan untuk kemaskini 2.5.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini