Selepas berehat sepanjang hari minggu lepas, Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 kembali bermula hari ini dan sepanjang hujung minggu. Hari keempat memperlihatkan dua perlawanan iaitu Madness Esports lawan Red Giants Esports dan RED Esports MY bertemu dengan Todak.

Red Giants Esports mendapat kemenangan kedua mereka selepas mengalahkan Madness Esports dengan skor 2-1. Ini adalah pertempuran di antara dua pasukan yang memasuki kejohanan ini melalui pusingan kelayakan berbanding jemputan terus seperti pasukan-pasukan lain. Prestasi Red Giants tampaknya jauh lebih baik dengan menang 2 daripada 2, manakala Madness Esports tewas 3 daripada 3 perlawanan.

Todak antara kegemaran untuk memenangi kejohanan ini akhirnya berjaya mendapat kemenangan pertama mereka selepas kalah mengejut kepada Team SMG pada minggu lepas. Mereka mengalahkan RED Esports MY dengan skor 2-1 memberikan kekalahan kedua kepada RED daripada dua perlawanan selepas kalah kepada Red Giants pada minggu lepas.

Kedudukan semasa didahului oleh Homebois yang menang dua perlawanan dan kedua-duannya adalah skor 2-0 yang memberikan 3 markah. Manakala Red Giant Esports, RSG Slate MY, dan Team SMG berkongsi di tempat kedua dengan 5 markah kerana satu perlawanan mereka memenangi dengan skor 2-1 yang memberikan mereka 2 markah.

Kejohanan ini akan diteruskan esok yang memperlihatkan 3 perlawanan iaitu Team HAQ bertemu dengan Team Secret, Team SMG bertemu dengan RSG Slate MY dan Red Giants Esports sekali bermain bertemu dengan Homebois yang sudah semestinya satu perlawanan yang penting untuk melangkah ke pusingan seterusnya selaku juara peringkat ini.

Sohor Kini