Nuverse telah mengumumkan penganjuran acara esukan peringkat antarabangsa untuk Ragnarok X: Next Generation iaitu ROX International Championship, membolehkan pemain-pemain dari setiap benua lawan dengan pemain di benua-benua lain.

Penganjuran ini adalah satu perkembangan kepada War of the Chosen (WOC) yang memasuki Musim Ketiga tidak lama lagi. WOC kali ini juga menerima sistem musim, dengan musim kali ini memfokuskan kepada Loki.

Pemain-pemain terbaik dari musim ini akan berpeluang untuk bertanding di ROX International Championship dengan maklumat lanjut untuknya akan dikongsi kemudian.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan kelas baharu untuk permainan ini iaitu “Super Novice” yang boleh menggunakan pelbagai kebolehan daripada kelas-kelas lain. Acara-acara masa terhad bersempena dengan sambutan semasa juga akan dianjurkan seperti Songkran Festival, dan Ramadan.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android di Play Store dan juga AppGallery.

Sohor Kini