Bersempena dengan Jualan Promosi Musim Bunga, Steam bukan sahaja menawarkan permainan dengan potongan harga akan turut memberikan potongan harga sebanyak 10% untuk Steam Deck sehingga 24 Mac.
Selain bersempena dengan jualan promosi tersebut, potongan harga ini juga bersempena dengan Steam Deck menyambut ulang tahun yang pertama pada bulan lepas, di mana mereka juga berkongsi treler khas untuknya.
Tawaran ini adalah terhad di negara-negara yang dilancarkan secara rasmi sahaja. Antara negara tersebut adalah Taiwan dan juga Hong Kong yang juga akan turut tiba di kedai-kedai fizikal Acer dan PREDATOR Proshops.
Mereka juga telah berkongsi senarai 100 permainan paling popular di Steam Deck yang menyenaraikan permainan seperti Hogwarts Legacy, Vampire Survivors, The Witcher 3: Wild Hunt, Elden Ring, Hades dan Cyberpunk 2077.
Anda boleh lihat senarai penuh di pautan ini.