Jualan Promosi Musim Bunga Bermula Di Steam Sehingga 24 Mac

Berakhirnya musim sejuk, bermulalah musim bunga dan seperti biasa Steam telah menganjurkan jualan promosi untuk peralihan musim ini dan mereka menawarkan pelbagai permainan menarik daripada pelbagai pembangun.

Steam juga telah berkongsi treler khas untuk jualan promosi ini yang anda boleh tonton di bawah.

Anda boleh melayari Steam melalui pelbagai halaman yang disediakan untuk lebih mudah mencari permainan-permainan yang diinginkan. Anda juga boleh melihat senarai hajat untuk melihat permainan yang ditawarkan dengan harga promosi.

Anda juga boleh lihat beberapa permainan yang kami rasakan menarik dengan tawaran harga yang baik;

  • Sekiro: Shadows Die Twice – RM109.50
  • Cyberpunk 2077 – RM109.50
  • Forza Horizon 5 – RM119.40
  • Final Fantasy VII Remake Integrade – RM170.43
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – RM15.90
  • Bravely Default II – RM119.50
  • Death Stranding Director’s Cut – RM95.40
  • Hitman World of Assassination – RM85.25
  • Tales of Arise – RM75.60
  • Gotham Knights – RM82.00

Anda boleh layari laman ini untuk melihat permainan-permainan lain yang ditawarkan dengan harga promosi.

Sohor Kini