PUBG Mobile akan menyambut ulang tahun ke-5 pada 19 Mac ini dan mereka telah mengumumkan kemasini versi 2.5 yang akan menyertakan mod baharu iaitu World of Wonder bersama dengan kawasan dan juga ganjaran baharu.
Melalui World of Wonder, pemain boleh membina kandungan permainan tersendiri dari mod sehinggalah peta. Mod ini boleh dikatakan seperti Playground yang disertakan di dalam Fortnite.
Semasa dilancarkan secara beta pada 16 Mac ini, pemain boleh mencuba pelbagai peta dan juga mod baharu yang dihasilkan di dalam World of Wonder. Jika ingin menghasilkan sendiri, pemain boleh meminta untuk menjadi Creators sebelum fungsi ini dibuka kepada semua pemain.
Selain itu, sambutan untuk ulang tahun ke-5 juga akan diteruskan dengan sambutan Imagiversary – Imagination Plaza akan ditempatkan di Erangel ataupun melawan kawasan Imagination sekitar Erangle dan juga Livik untuk mendapat ganjaran.
Barangan baharu juga akan disertakan di dalam permainan iaitu Block Cover, Supply Converter, Portable Trampoline dan Dual-Purpose Cannon, bersama dengan kemaskini untuk mod Payload dan Metro Royale.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.