Amazing Seasun iaitu pembangun disebalik Girl Cafe Gun telah mengumumkan permainan tebaru oleh mereka iaitu Snowbreak: Containment Zone yang akan dikeluarkan sekitar tahun ini.
Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi treler pertama yang anda boleh tonton di bawah.
Snowbreak: Containmennt Zone adalah permainan shooter yang akan dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Pemain boleh mengumpul pelbagai watak yang setiapnya akan mempunyai gaya dan kemahiran tersendiri.
Jika berminat anda boleh lakukan pendaftaran minat melalui pautan ini untuk mendapatkan maklumat terbaru termasuk juga tarikh pelancaran.