Blizzard telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk Hearthstone adalah Festival of Legends yang akan tiba pada bulan April ini. Seperti judulnya, penambahan ini akan memfokuskan kepada muzik.

Penambahan ini akan menyertakan 145 kad baharu, dengan setiap kelas akan menerima kad Legendary yang merupakan pemuzik terkenal dan juga spell khas yang merupakan lagu terkenal untuk pemuzik-pemuzik tersebut.

Selain itu, turut disertakan mekanik baharu iaitu Soloist dan Harmonic, kad Soloist akan mendapat tambahan kuasa jika tiada kad lain yang aktif, manakala Harmonic akan memberi kuasa tambahan kepada kad-kad lain.

Kata kunci baharu juga dipekenalkan iaitu Finale, kad yang mempunyai kata kunci ini akan mempunyai kuasa tambahan jika menggunakan kesemua mana yang ada untuk mengaktifkan kad ini.

Kelas Priest akan menerima penambah-baikkan bermula dengan penambahan ini, antaranya adalah kata kunci baharu iaitu Overheal, jika kad menerima tambahan nyawa melebihi nyawa asal, kuasa tambahan akan diberikan.

Acara log masuk dan juga pelbagai acara masa terhad juga diumumkan akan tiba sepanjang penambahan ini.

Pemain boleh dapatkan kad-kad untuk penambahan baharu ini melalui berkas Mega yang menyertakan 80 pek, 10 pek Golden, 2 Golden Legendary rawak, 1 kostum Hedanis untuk kelas Priest dan hiasan kad. Terdapat juga berkas Standard yang menyertakan 60 pek, 2 Legendary rawak dan hiasan kad Hedanis.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Hearthstone boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini