Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang siri anime Tengoku Daimakyo akan mula disiarkan di Disney+ pada 1 April 2023 dengan episod baharu akan tiba setiap hari Sabtu minggu-minggu berikutnya.
Tengoku Daimakyo adalah adapatasi kepada siri manga berjudul sama yang dihasilkan oleh Masakazu Ishiguro. Mengisahkan mengenai dua orang watak Kiruko dan Maru yang cuba mencari “syurga” selepas dunia telah hancur sejak 15 tahun yang lepas dan tamadun berada di beberapa kluster.
Siri ini disuarakan oleh Gen Sato sebagai Maru, Sayaka Senbongi sebagai Kiruko, Hibiku Yamamura sebagai Tokio. Bagi produksi pula, siri ini diterbitkan oleh Production I.G, ditulis oleh Makoto Fukami dan diarah oleh Hirotak Mori.