EA telah memberikan peluang untuk pemain mencuba Battlefield 2042 secara percuma melalui Steam sehingga 17 Mac 2023. Tawaran ini adalah buat masa terhad sahaja, pemain perlu membeli permainan penuh jika ingin terus bermain selepas 17 Mac.
Penawaran ini adalah bersempena dengan permulaan untuk musim keempat baru-baru ini.
Sesi percubaan ini adalah khusus ditawarkan melalui Steam, bagi platform lain, Battlefield 2042 boleh didapatkan melalui langganan EA Play, Xbox Game Pass dan juga PlayStation Plus selain membelinya secara terus.