Uniqlo pada minggu ini telah menawarkan koleksi baharu Tshirt mereka berdasarkan siri manga dan anime popular iaitu Attack on Titan. Koleksi ini adalah untuk meraikan siri anime Attack on Titan The Final Season.
Terdapat 8 rekaan kesemuanya yang mengambil inspirasi daripada Attack on Titan versi manga dan setiapnya ditawarkan dengan satu pilihan warna dengan harga RM59.90.
Anda boleh dapatkan tshirt ini melalui laman sesawang Uniqlo dan juga cawangan-cawangan Uniqlo serata Malaysia.