Hari ketiga untuk Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 akan memperlihatkan 3 perlawanan iaitu Homebois lwn Team Secret, RSG Slate MY lwn Team HAQ dan Madness Esports lwn Team SMG.
Bagi perlawanan pertama adalah Homebois yang membuat kejutan pada hari pertama dengan mengalahkan juara MPL MY 10, Team HAQ bertemu dengan pasukan Team Secret yang tewas pada hari pertama. Homebois terus bermain dengan cemerlang apabila menang mudah untuk mengambil perlawanan ini dengan skor 2-0 tanpa memberi ruang kepada Team Secret untuk melakukan strategi mereka.
Bagi perlawanan kedua pula, Team HAQ yang sebelum ini tewas kepada Homebois terpaksa menangguh untuk mendapatkan kemenangan pertama apabila kalah sekali lagi dan kali ini melawan RSG Slate MY yang mendapat kemenangan kedua.
Perlawanan terakhir untuk hari ini dan juga minggu ini adalah di antara Madness Esports melawan dengan Team SMG. Team SMG terus cemerlang apabila menang mudah dengan skor 2-0, mereka juga memperlihatkan persembahan yang sangat baik pada pusingan kedua untuk memberikan Madness kekalahan kedua di dalam MPL MY 11 ini.
MPL MY 11 akan berehat sepanjang hari minggu ini dan akan kembali pada 17 Mac 2023 yang akan memperlihatkan dua perlawanan iaitu Madness Esports lawan RED Giants Esports dan RED Esports MY bertemu dengan Todak.