Hari kedua untuk Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 akan memperlihatkan 3 perlawanan iaitu di antara Team Lunatix lawan Madness Esports, Todak lawan Team SMG dan Red Giants Esports lawan RED Esports MY.

Bagi perlawanan pertama di antara Team Lunatix lawan dengan Madness Esports, Team Lunatix telah berjaya memenangi dengan skor 2-1. Team Lunatix bermain dengan cemerlang di pusingan pertama, Madness Esports pula memperlihatkan prestasi yang baik di pusingan kedua, untuk membawa perlawanan ke pusingan ketiga tetapi kembali dikuasai oleh Team Lunatix untuk mengambil perlawanan ini.

Perlawanan yang menjadi tumpuan pada hari ini, sudah semestinya di antara Todak yang merupakan juara untuk MPL MY 9 dan naib juara untuk MPL MY 10 bertemu dengan Team SMG. Seperti kejutan pada hari pertama, di mana Homebois mengalahkan Team HAQ, Team SMG berjaya kembali dari kekalahan pada pusingan pertama untuk menang dengan skor 2-1.

Bagi perlawanan ketiga di antara Yoodo Red Giants Esports melawan RED Esports MY, Red Giants bermain dengan cemerlang walaupun merupakan salah satu pasukan yang tidak layak secara terus. Mereka menang dengan skor 2-0 untuk menutupi hari kedua yang juga menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hari ketiga, akan memperlihatkan tiga lagi perlawanan seperti berikut;

  • Homebois lwn Team Secret
  • RSG Slate MY lwn Team HAQ
  • Madness Esports lwn Team SMG

Sohor Kini