Hari Mario disambut pada 10 Mac setiap tahun, ini adalah kerana bulan March mengikut Bahasa Inggeris, March jika digabung dengan 10 akan menjadi ‘MAR10’.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Nintendo telah melakukan jualan promosi di Nintendo eShop untuk sebilangan permainan-permainan Mario.

Antara permainan yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  • Mario Party Superstars – $39.99
  • Luigi’s Mansion 3 – $39.99
  • Donkey Kong Country Tropical Freeze – $39.99
  • Yoshi’s Crafted World – $39.99

Jualan promosi ini akan berlangsung sehingga 23 Mac 2023, dengan Nintendo jarang melakukan jualan promosi untuk permainan-permainan mereka, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkannya.

Sohor Kini