Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 bermula secara rasmi pada hari ini dan memperlihatkan pasukan yang menjuarai MPL Malaysia Musim Ke-10 iaitu Team HAQ bertemu dengan Homebois sebagai perlawanan pertama.

Team HAQ boleh dikatakan meneruskan kekecewaan mereka daripada kejohanan M4 apabila mudah dikalahkan oleh Homebois dengan skor 2-0, memberi langkah kanan kepada Homebois yang sekadar berada di kedudukan kelima pada musim lepas.

Manakala untuk perlawanan kedua bagi hari pertama ini, RSG Slate Malaysia telah mengalahkan Team Secret yang juga dengan skor 2-0. RSG bermain cemerlang walaupun Team Secret membuat perlawanan balik di pusingan kedua tetapi serangan yang menjadi oleh RSG memberikan kemenangan penuh kepada mereka.

Dengan dua perlawanan ini, berakhir lah perlawanan bagi hari pertama untuk MPL Malaysia Musim Ke-11, hari kedua akan berlangsung esok dengan perlawanan berikut;

  • Team Lunatix lwn Madness Esports
  • Todak lwn Team SMG
  • Red Giants Esports lwn RED Esports MY

Sohor Kini