Resident Evil 4 Remake Menerima Demo Percuma

Resident Evil 4 versi olahan semula akan dikeluarkan secara rasmi pada 24 Mac ini, akan tetapi jika anda tidak sabar untuk mencuba, Capcom telah menyediakan demo percuma yang boleh dimuat turun bermula hari ini.

Demo yang berjudul “Chainsaw Demo” ini membolehkan pemain untuk bermain di bahagian awal permainan dan melarikan diri daripada penjahat yang menggunakan gergaji rantai.

Melalui demo ini juga membolehkan pemain untuk kembali ke kawasan yang akan dikenali bagi pemain yang bermain versi asal tetapi pada waktu yang sama boleh mencuba pelbagai tatamain baharu seperti melakukan serangan dan mengelak.

Demo ini dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series serta PC, dan boleh dimainkan tanpa had.

Sohor Kini