Samsung bersama dengan ONE Esports telah melakukan kajian mengenai permainan video di kalangan pengguna dalam talian dari beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan juga Australia yang melibatkan lebih 6800 pengguna.

Anda boleh baca laporan penuh di pautan ini.

Menurut kajian tersebut, 7 daripada 10 pengguna bermain permainan video. Bagi pengguna di Malaysia 75% daripada mereka bermain permainan video sebagai cara untuk berehat. Secara purata, mereka meluangkan 7 jam bermain dalam masa seminggu.

Selain itu, 94% mengatakan yang mereka lebih suka bermain di rumah dan 51% berbelanja secara purata $30 (~RM135) untuk barangan berkait dengan permainan video.

Kajian ini juga menyenaraikan 5 aktiviti permainan utama iaitu melihat video berdasarkan permainan video, berbincang mengenai permainan video dengan orang lain, membaca berita mengenai permainan video, berbelanja untuk membeli barangan permainan video dan mengikut personaliti permainan video.

Setiap aktiviti tersebut juga mempunyai peratusan berbeza mengikut jenis pemain permainan video yang anda boleh tonton di bawah.

Sohor Kini