Selain mengumumkan rangkuman pencapaian untuk Epic Games Store, mereka hari ini juga telah mengumumkan fungsi untuk membolehkan penerbit dan juga pembangun permainan video untuk menerbitkan permainan mereka di Epic Games Store secara terus.

Sebelum ini, setiap permainan yang ingin disenaraikan di Epic Games Store perlu melalui Epic Games sendiri, dengan fungsi ini, Epic Games Store akan menjadi seperti Steam dan mungkin akan memperlihatkan lebih banyak permainan yang akan diterbitkan di gedung tersebut.

Penerbit ataupun pembangun permainan perlu membayar $100 untuk setiap permainan dan perlu mengikut beberapa syarat seperti berikut;\

  • Menyokong multi-pemain bersama dengan pemain di gedung permainan PC yang lain
  • Menyokong Epic Games Store Achievement – jika menyokongnya di gedung lain
  • Mempunyai klasifikasi umur – Epic Games Store menyediakan perkhidmatan ini melalui IARC secara percuma
  • Tidak mengandungi kandungan yang terlarang
  • Kualiti permainan yang memuaskan

Maklumat lanjut boleh didapatkan melalui pautan ini.

Sohor Kini