Epic Games Store hari ini telah berkongsi rangkuman untuk pencapaian mereka sepanjang tahun 2022 berkongsi jumlah pengguna, jumlah pendapatan dan juga permainan-permainan paling popular.

Anda boleh lihat perkongsian penuh di pautan ini. Namun, secara ringkasnya adalah seperti berikut;

  • Epic Games Store kini mempunyai 230 juta akaun di PC, 725 juta akaun bersama dengan platform-platform lain
  • 68 juta pengguna aktif pada bulan Disember 2022
  • Pemain PC berbelanja $820 juta di Epic Games Store dengan -2% lebih rendah berbanding tahun lepas – $355 juta perbelanjaan adalah untuk permainan pihak ketiga yang memperlihatkan peningkatan 18% berbanding tahun lepas
  • Sepanjang tahun 2022, Epic Games Store juga telah memberikan 99 permainan percuma yang bernilai $2,240 dan ditebus sebanyak 700 juta kali

Bagi senarai permainan-permainan menjana pendapatan tertinggi dan juga yang paling popular dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Mythic, Legendary dan Epic;

  • Mythic – Genshin Impact, Rocket League, Tiny Tina’s Wonderlands, Grand Theft Auto V, Fortnite
  • Legendary – Final Fantasy VII Remake Inegrade, Red Dead Redemption II, Fall Guys, Sifu, Saints Row
  • Epic – Valorant, Borderlands 3, Cyberpunk 2077, Evil Dead the Game, Assassin’s Creed Valhalla, Dying Light 2 Stay Human, FIFA 23, FarCry 6, Dead by Daylight, God of War

Sohor Kini