Illumination dan Nintendo hari ini telah berkongsi treler baharu yang juga treler terakhir untuk The Super Mario Bros. Movie sebelum tayangannya yang bermula pada 5 April 2023, lebih awal berbanding pengumuman sebelum ini.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Treler ini memperlihatkan Bowser ingin menghancurkan The Mushroom Kingdom dan terserah kepada Mario, Peach, Luigi dan rakan-rakan untuk memastikannya tidak berlaku.
Mario disuarakan oleh Chris Pratt, Princess Peach oleh Anya Taylor-Joy, Luigi oleh Charlie Day dan Bowser oleh Jack Black. Filem animasi ini diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic yang sebelum ini berkerjasama untuk Teen Titans Go!.