PUBG Mobile telah mengumumkan era baharu bagi esukan dengan mengumumkan PUBG Mobile Parnership Program yang akan menjadikan 15 pasukan dari Asia Tenggara sebagai rakan kongsi.

Pasukan-pasukan ini akan menerima kelayakan terus untuk kejohanan PUBG Mobile Professional League dan juga PUBG Mobil Super League yang turut baru diumumkan bersama dengan pelbagai kelebihan lain.

15 pasukan yang menjadi rakan kongsi adalah terdiri daripada 4 pasukan dari Malaysia, 5 pasukan dari Indonesia, 3 pasukan dari Thailand, 2 pasukan dari Vietnam dan 1 pasukan dari Filipina seperti berikut;

  • Malaysia:
    • GEEK SLATE
    • SEM9
    • TEAM SECRET
    • YOODO ALLIANCE
  • Indonesia:
    • ALTER EGO
    • BIGETRON ESPORTS
    • BOOM ESPORTS
    • PERSIJA EVOS
    • RRQ ESPORTS
  • Thailand:
    • BACON TIME
    • FAZE CLAN
    • VAMPIRE ESPORTS
  • Vietnam:
    • BOX GAMING
    • D’XAVIER
  • Filipina:
    • PLAYBOOK ESPORTS

PUBG Mobile Super League Asia Tenggara Spring 2023 akan berlangsung bermula pada 22 Mac sehingga 16 April dan akan melibatkan 20 pasukan, iaitu 15 pasukan rakan kongsi dan 5 pasukan yang menjuarai PMPL untuk setiap negara.

Wakil tambahan dari Malaysia buat masa ini tidak disahkan lagi dengan Geek Slate merupakan pasukan rakan kongsi dan mereka juga merupakan juara untuk PMPL lepas.

Sohor Kini