Kita sudah memasuki bulan ketiga untuk tahun 2023 dan seperti dua bulan yang lepas, terdapat pelbagai permainan-permainan menarik yang akan dikeluarkan sepanjang bulan ini. Oleh itu, kami sudah keluarkan senarai 10 permainan menarik yang akan tiba dan anda boleh tonton melalui video di bawah.
Permainan yang tersenarai adalah Wo Long: Fallen Dynasty yang sudah dikeluarkan pada 3 Mac lepas, Fatal Frame: Mast of the Luna Eclipse yang akan tiba pada 9 Mac 2023, The Legends of Heroes: Trails to Azure, tiba pada 14 Mac 2023, Anno 1800 untuk konsol akan tiba pada 16 Mac 2023, WWE 2K23 akan tiba pada 17 Mac, permainan indie Tchia akan tiba pada 21 Mac, Atelier Ryza 3 akan tiba pada 24 Mac 2023, Resident Evil 4 Remake juga pada 24 Mac 202, MLB The Show 23 akan tiba pada 28 Mac, dan yang terakhir adalah The Last of Us Part I yang akan tiba untuk PC pada 28 Mac ini.