Bethesda Softworks dan Xbox Game Studios hari ini telah mengumumkan yang Starfield akan dilancarkan pada 6 September 2023 untuk Xbox Series serta PC. Starfield juga akan ditawarkan secara percuma kepada pelanggan Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Dengan Xbox Series kekurangan permainan eksklusif pihak pertama, Starfield boleh dikatakan sebagai permainan terbesar mereka yang akan dikeluarkan pada tahun ini (melainkan pengambil-alihan Activision Blizzard diselesaikan).

Starfield juga adalah permainan utama yang akan menjadi eksklusif untuk platform Microsoft selepas mereka mengambil-alih Bethesda Softworks sebelum ini.

Perkongsian lanjut mengenai Starfield akan dilakukan pada bulan 12 Jun 2023 melalui acara Starfield Direct.

Sohor Kini