TGV hari ini telah memulakan tayangan untuk filem Rajah iaitu filem mengenai James Brooke pada awal kehadirannya di Sarawak dan sebelum menjadi raja. Filem ini juga dikenali dengan judul Edge of the World dan dikeluarkan sejak dua tahun lepas lagi.

Bagi tayangan di Malaysia, filem ini menggunakan judul Rajah dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Tayangan untuk hari ini adalah terhad dengan tayangan secara rasmi di lebih banyak tempat dan juga penyedian pawagam lain adalah esok, 9 Mac 2023.

Filem ini diarahkan oleh Michael Haussman dengan penceritaan ditulis oleh Rob Allyn. Antara senara pelakon adalah Jonathan Rhys Meyes, Josie Ho, Bront Palarae dan Shaheizy Sam.

Sohor Kini