SCRY-Soft bersama dengan pembangun Nimbus Gaming iaitu pembangun permainan video dari Malaysia telah mengumumkan sesi percubaan untuk permainan terbaru oleh mereka iaitu Malice.

Sesi percubaan bermula sekarang dan akan berlangsung sehingga 30 April 2023 dan terbuka kepada semua pemain di Malaysia. Selain mencuba permainan tersebut, pemain juga berpeluang untuk menyertai pertandingan dan memenangi tambah nilai Steam.

Jika berminat untuk menyertainya, anda boleh mengisi borang ini, sertai Discord untuk permainan ini, main dan habiskan permainan ini dan tinggalkan pendapat di Steam. Anda boleh hubungi [email protected] untuk maklumat lanjut.

Malice sudah dilancarkan untuk PC pada tahun lepas.

Sohor Kini