Semasa mengumumkan kandungan-kandungan yang akan tiba bagi musim ketiga untuk Overwatch 2, Blizzard juga telah mengumumkan yang acara kolaborasi bersama dengan One Punch Man.

Acara tersebut bermula hari ini dengan tibanya kostum berdasarkan siri anime dan manga tersebut. Kostum yang disertakan adalah Saitama untuk Doomfist, Tatsumaki untuk Kiriko, Mumen Rider untuk Soldier 76, dan Genos untuk Genji.

Anda boleh dapatkan kostum-kostum ini melalui kedai di dalam permainan bermula sekarang sehingga 6 April 2023.

Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini