2K Games telah berkongsi lanjut mengenai kandungan pasca-pelancaran untuk WWE 2K23 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac 2023 ataupun pada 14 Mac bagi yang membeli Deluxe Edition dan Icon Edition.
Mereka telah mengumumkan 5 pek DLC yang akan menyertakan superstar baharu seperti berikut;
Steiner Row Pack – 19 April 2023
Pretty Sweet Pack – 17 Mei 2023
Race to NXT Pack – 14 Jun 2023
Revel with Wyatt Pack – 19 Julai 2023
Bad News U Pack – 16 Ogos 2023
Kesemua DLC ini boleh didapatkan secara berasingan apabila dilancarkan kelak, ataupun melalui Pas Semusim yang akan turut menyertakan MyRise Mega-Boost, 200 Attribute Points, dan Supercharger.
WWE 2K23 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.