Hogwarts Legacy telah diedarkan melebihi 12 juta unit setakat ini, akan tetapi jumlah itu adalah terhad untuk pemain yang memiliki konsol generasi terkini ataupun PC dengan pemain di PlayStation 4, Xbox One dan juga Nintendo Switch masih lagi menunggu surat jemputan mereka ke Hogwarts.

Bagi pemain di PS4 dan juga Xbox One, tampaknya penantian perlu diteruskan sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi dengan mereka mengumumkan Hogwarts Legacy akan tiba di dua konsol tersebut pada 5 Mei 2023 berbanding 4 April diumumkan sebelum ini.

Mereka mengatakan yang pasukan pembangun masih lagi bertungkus lumus untuk membangunkan permainan ini bagi konsol generasi lepas, akan tetapi memerlukan lebih masa untuk memastikan mempunyai pengalaman terbaik.

Buat masa ini, Hogwarts Legacy untuk Nintendo Switch masih lagi akan dikeluarkan pada 25 Julai 2023.

Sohor Kini