Frogwares telah mengumumkan yang permainan Sherlock Holmes The Awakened akan tiba pada 11 April 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch. Sesi pra-tempahan sudah dibuka kecuali untuk Nintendo Switch yang akan tiba kemudian.
Anda boleh tonton treler pengumuman untuknya di bawah.
Sherlock Holmes The Awakened merupakan permainan olaha semula untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2006. Permainan ini dibangunkan semula menggunakan Unreal Engine 4.
Permainan ini sudah beberapa kali ditunda kerana peperangan yang berlaku di Ukraine dan Frogwares adalah studio yang bertempat di Kyiv, Ukraine.