Paradox Interactive hari ini telah mengacah yang mereka akan hadir dengan permainan seakan The Sims iaitu Life by You. Permainan ini dibangunkan oleh Paradox Tectonic yang ditubuhkan pada tahun 2019 dan diketuai oleh Rod Humble.
Rod Humble sebelum ini terlibat dengan permainan The Sims 2 serta mengetuai pembangunan The Sims 3 sebelum meninggalkan Maxis untuk menjadi CEO Linden Labs iaitu studio yang membangunkan Second Life.
Mereka akan berkongsi lanjut mengenai Life by You pada 20 Mac kelak, sementara itu, mereka telah berkongsi beberapa video tatamain yang anda boleh tonton di bawah.